Mengenai Saya

Foto saya
peramah,suka berkawan dan ingin menambah kawan lagi :)

Sabtu, 20 Ogos 2011

gagak belajar berjalan

Pada suatu masa dahulu, ketika berada di atas tanah, gagak tidak berjalan sambil melompat-lompat seperti sekarang. Boleh dikatakan bahawa cara gagak berjalan sebenarnya tidaklah buruk. Akan tetapi, gagak sentiasa menganggap cara ia berjalan amat buruk.
Pada suatu hari, gagak melihat puyuh galah berjalan. Ia berasa gaya puyuh berjalan amat lembut lagi cantik. Oleh itu, ia pun pergi mengunjungi puyuh galah lalu memintanya menjadi gurunya. Ia hendak mempelajari cara puyuh galah berjalan.
Gagak pun mempelajari cara berjalan dari puyuh galah dalam tempoh masa yang agak lama. Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat mempelajari langkah puyuh galah berjalan. Akhirnya, ia pun berputus asa dan tidak mahu belajar lagi.
Apabila hendak pulang ke rumahnya, gagak telah pun terlupa bagaimana cara untuk berjalan.Oleh itu, terpaksalah ia beredar dari situ dengan berjalan sambil melompat-lompat.
Moral: Apabila mempelajari kebolehan orang lain, kita perlu berbuat demikian berdasarkan kebolehan diri.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Madah pujangga

  
Menyintai bukan bererti memiliki,
 Memiliki bukan bermakna menakluki,

CiNTa itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.
*~*~*~*

Kelmarin adalah kenangan,
Hari ini adalah perjuangan,

Esok..bukanlah satu kepastian.
*~*~*~*
 
Teruskan perjuangan dalam bidang yang diminati walau,
sebesarmanapun gelombang yang menghalang. Usah kembali berpatah ke

Pengkalan, layarkan terus bahtera perjuangan hingga berjaya mencecah

Pulau Impian. 

*~*~*~*
 
Ramai orang lebih mengenali orang lain,
Tapi...tidak mengenali diri sendiri.
Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang
tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri.
*~*~*~*

selamat berpuasa!!!

selamat berpuasa harap kawan-kawan x tinggal puasa ya... raya dah nak dekat x sabar rasanya nanti boleh makan banyak-banyak hahax... boleh kumpul duit raya jugak hahax... tak sabar nya... saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya!!!